Mi-Voice MIC News

ADUN PKR perlu faham isu pergerakan pedati – Sivarraajh

KUALA LUMPUR: MIC menafikan tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta dari PKR bahawa parti itu mengambil pendirian berbeza berhubung isu pergerakan pedati sempena sambutan Thaipusam di Pulau Pinang dan Kedah.Naib Presiden MIC, Datuk C Sivarraajh berkata, Muhammad Arafat Mahammad Varisai jelas menunjukkan tidak memahami pentingnya upacara perarakan pedati ketika sambutan Thaipusam untuk komuniti Hindu.”Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam mengendalikan perarakan pedati di Kuala Lumpur serta Kuil Nagarathar Thandayuthapani Pulau Pinang (TNTT) yang bertanggungjawab dalam upacara sama di Pulau Pinang membuat permohonan bagi mendapat kebenaran dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).”Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, yang juga Menteri Sumber Manusia hanya mempermudah bagi memperoleh persetujuan selepas mengambil kira pentingnya ritual itu.

“Sekiranya seseorang itu ada akal, mereka tidak akan pernah memberi komen atau membincangkan sesuatu isu tanpa mempunyai pemahaman asas mengenai hal itu. Apa pun, ini bukan perkara baru,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat. BACA: Thaipusam: Pergerakan pedati Perak P.Pinang diluluskan MKN BACA: Sambutan Thaipusam secara besar-besaran tidak dibenarkan – Ismail SabriSebelum ini, Muhammad Arafat dilaporkan berkata MIC hanya campur tangan di Pulau Pinang untuk mendapatkan kebenaran pergerakan pedati namun di Kedah, mereka sekadar membuat kritikan di media berhubung isu Thaipusam.Mengulas lanjut, Sivaraajh meminta ADUN berkenaan berhenti dari mempolitikkan isu berkenaan kebenaran upacara itu.”Perarakan pedati Pulau Pinang dan Batu Caves (Selangor) dilakukan dengan persetujuan dari MKN dengan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang berlangsungnya acara itu,” katanya.Beliau juga mempersoalkan tindakan Muhammad Arafat yang secara tiba-tiba mengambil berat mengenai isu yang dihadapi komuniti India sedangkan selama ini, parti mereka banyak memberi fokus untuk menjadikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sebagai Perdana Menteri.”Fahami dulu asasnya sebelum memberi reaksi kepada pihak lain. Tidak boleh semua isu diheret ke kancah politik.”Isu Thaipusam bukan mengenai MIC, PKR atau DAP tetapi mengenai kepentingan agama, adat dan ritual penganut Hindu di Malaysia,” ujarnya.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/adun-pkr-perlu-faham-isu-pergerakan-pedati-sivarraajh-280316