Perjuangan parti lebih penting daripada kepentingan diri sendiri – Subra

Perjuangan parti lebih penting daripada kepentingan diri sendiri – Subra

Its Beginning! 29 Apr 2017
alan Bedong - Semeling 08100 Bedong Kedah Darul Aman Malaysia
03:30 PM - 11:30 PM
This event is passed

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam telah memberikan amanat beliau kepada semua peserta yang terdiri dari Ketua Ketua Bahagian , Pemuda, Wanita Putera dan Putri MIC serta CWC semasa pelancaran pra sedia PRU-14 yang bermula dari hari ini sehingga hari isnin. Bengkel ini diadakan julung kali di perkarangan AIMST yang penuh bersejarah lagi bermakna khususnya bagi ahli MIC.

Presiden MIC di dalam ucapannya telah menekankan betapa pentingnya perjuangan dan martabat parti. Beliau turut menegaskan bahawa perjuangan parti lebih penting daripada kepentingan diri sendiri. Maka amat wajarlah sebagai ahli parti kita haruslah berkerjasama sebagai satu pasukan bagi mengatur strategi kemenangan dalan PRU 14 yang bakal kita hadapi.

Sebaik sahaja Pucuk pimpinan menetapkan calon, maka semua harus menerima hakikat tersebut dan perlu bersatu dan bekerjasama untuk memastikan kemenangan calon mic tersebut.

Kita juga perlu berkerjasama untuk mengenal pasti pengundi-pengundi dan menentukan kemenangan di mana kerusi-kerusi MIC yang bakal ditanding. Kita perlu membuat persiapan awal bagi menghadapi PRU 14 dengan berpandukan sistem dan strategi yang berfokus secara berkesan.

Retreat ini diharapkan akan memberi panduan serta hala tuju bagi memudahkan jentera pilihanraya parti beralan secara berkesan.