Perjumpaan Bersama Kesemua Ahli Majlis Tinggi Pemuda MIC Kebangsaan
YB Tuan SA. Vigneswaran telah mengadakan satu perjumpaan bersama semua ahli Majlis Tinggi Pemuda untuk memberikan taklimat khas bagi menerangkan akan strategi yang perlu dilaksanakan/ dipergunakan untuk memastikan majoriti kerusi Timbalan Presiden MIC yang menjelang tiba.
Delegasi Pemuda Malaysia ke India
Seramai 8 pemimpin dari Pemuda Barisan Nasional telah dipilih untuk menyertai delegasi tersebut, di mana 4 pemimpin dari Pemuda MIC Kebangsaan yang diketuai oleh YB Tuan SA. Vigneswaran telah hadir dari 3-5 Ogos 2006 ke Utara dan Selatan India.
Delegasi ini huruf dihadiri oleh Setiausaha Pemuda Kebangsaan, Sdr. M. Kumaresan, En. Kannan dan En. Satish.
Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran di dalam kelompok Pemuda dan usaha pelbagai kaum.
Delegasi ini antara lain mengutuk percerobohan Israel ke atas Palestin meminta campur tangan PBB.
Kursus Menangani Masalah dan Cabarani Kaum India
Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan sekali lagi telah menganjurkan kursus untuk ketua¬ketua, timbalan-timbalan, setiausaha¬setiausaha dan ketua briged peringkat negeri dan bahagian. Seramai 220 ahli pemuda telah hadir di Pangkor Coral Bay Resort, Pulau Pangkor dari 8hb hingga 10hb September 2006. Matlamat kursus tersebut adalah untuk mengkaji semula masalah yang dihadapi oleh komuniti dan cara mengatasinya.
Perjumpaan Khas Bersama Ketua Polis Negara
Satu rombongan Ahli Majlis Tertinggi Pemuda MIC Kebangsaan telah mengadakan perjumpaan rasmi bersama Tuan Ketua Polis Negara pada 8hb Disember 2006 di Bukit Aman. Topik utama yang telah diperbincangkan adalah masalah pemuda India dan cara-cara menyelesaikan masalah jenayah di kalangan pemuda India.
Kajian Banci di Johor
Satu rombongan khas yang diketuai oleh Sdr. T. Mohan telah turun padang untuk mengenalpasti kawasan-kawasan di mana kebanyakan komuniti tidak diberikan bantuan pada 24hb Disember 2006. Kajian ini turut disertai oleh setiausaha Pemuda MIC Kebangsaan Sdr. M. Kumaresan.
Bantuan Mangsa Banjir Di Johor
Sejurus laporan mangsa banjir dikumpulkan. kita telah menghantar kebanyakan Ketua Pemuda dan kumpulan mereka telah pergi ke lokasi untuk mengesahkan 1500 keluarga yang memerlukan bantuan dan membuat kajian yang pada 29hb hingga 31 hb Disember 2007. Delegasi ini Ketuai oleh Setiausaha Pemuda Sdr. M. Kumaresan dan Sdr. T Mohan.