MESYUARAT - MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI PERGERAKAN WANITA MIC KEBANGSAAN BAGI SESSI 2006-2007
Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita MIC telah bermesyuarat sebanyak 5 kali dalam tempoh laporan dimana isu-isu semasa dan perancangan program-program bagi sepanjang tahun 2006-2007 telah dibincang dan dirancangkan.
Pergerakan Wanita telah melalui suatu pembaharuan dan perubahan melalui pilihanraya parti yang telah mencungkil beberapa muka baru serta mengekalkan beberapa pemimpin pergerakan wanita yang lama.
PERHIMPUNAN AGUNG MIC KE 60 - 28 & 29 JUN 2006
Perhimpunan Agung MIC pusat telah diadakan di Putra World Trade Centre dimana tiga puluh Japan para perwakilan Pergerakan Wanita telah turut menghadiri dan mengundi dalam Pilihanraya parti dalam memilih Timbalan Presiden Parti MIC, tiga Naib-naib Presiden dan ahli-ahli kerja pusat. Para perwakilan telah memastikan kemenangan Timbalan Presiden yang menunjukkan sentimen para delegasi yang mementingkan pertumbuhan dan perkembangan masyarakat India semasa.
FORUM - "AN INTRODUCTION TO DEMOCARATIC TRAINING" 22 NOV 2006
Seramai 20 Wanita MIC Kebangsaan dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam suatu seminar anjuran "National Democratic Institute of United States" yang beribu pejabat di Indonesia. Seminar ini telah membuka minda Pemimpin wanita MIC dari segenap lapisan untuk mengetahui dengan lebih dalam akan sistem demokrasi.
PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN BATU TALAM - JAN, 2007
Exco Pergerakan Wanita MIC Kebangsaan telah berkempen bersama-sama dengan Wanita MIC Negeri Pahang ketika Pilihanraya kecil di DUN Batu Talam, Pahang pada 28.01.2007.
SEMINAR PERUNDANGAN 6/8 OKT & 3/5 NOV 2006
Dua forum perundangan telah di anjurkan bersama oleh ERA Consumer Malaysia dan Wanita MIC yang diadakan di dua zon iaitu utara dan selatan. Zon utara telah mengadakan seminar ini pada 3-5 Nov 2006 di Pulau Pinang. Zon Selatan pula telah mengadakanya pada 6 - 8 Okt 2006 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Seminar ini bertujuan untuk mendekati dan mendalami isu-isu yang bersangkut paut dengan pelbagai jurusan Undang-Undang termasuk undang-undang jenayah, Pengguna, Komersial dan undang-undang Pertubuhan Pekerja. Melalui seminar literasi undang-undang yang bertujuan untuk memperkukuhkan kesedaran akan adanya undang-undang yang khusus untuk memperkasakan masyarakat umum.
SEMINAR PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN EKONOMI SEHARI ANJURAN BANK SME - 3HB OKT. 2006
Bank SME dibawah naungan YB Dato' S.Veerasingam telah menganjurkan suatu seminar bagi masyarakat India yang bertujuan memaparkan dan menarik lebih ramai lagi usahawan dan peniaga dalam memerolehi pinjaman dan penerangan. Seramai 30 wanita telah hadir.
KEBAJIKAN
Ketua Wanita YB Pn Komala Krishna Moorthy, Setiausaha Pn Shrika Arumugam. Exco Kebangsaan dan Selangor telah melawat Jasrr-Kalidas di Institut Pediatrik, Hospital Besar Kua a Lumpur. Mangsa yang terlibat dalam kemalangan landasan keretapi di Negeri Sembilan.
Ketua biro kebajikan Pn Murukasvary telah mengaturkan suatu majlis penyampaian bantuan kewangan dan sumbangan bagi mangsa-mangsa banjir di Kota Tinggi dan Tenggara.