MENGHASUT RAKYAT BUKAN CARA MENTADBIR NEGARA BERBILANG KAUM LIM GUAN ENG HARUS DIDAKWA DIBAWAH AKTA HASUTAN

MENGHASUT RAKYAT BUKAN CARA MENTADBIR NEGARA BERBILANG KAUM LIM GUAN ENG HARUS DIDAKWA DIBAWAH AKTA HASUTAN

Pemuda MIC Kebangsaan memandang serius terhadap kenyataan yang berbaur penghasutan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang jelas hidup aman dan damai walaupun terdapat perbezaan pendapat pemahaman politik tersendiri selama ini tetapi Menteri Kewangan DAP YB Lim Guan Eng yang salah menggunakkan istilah “PENGISYTIHARAN PERANG TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM DI MALAYSIA” semasa kenyataan media olehnya baru-baru ini semasa kerjasama UMNO-PAS sebagai satu ‘isyarat perang’.

Jelas semua bahawa Menteri kewangan DAP YB Lim Guan Eng pernah dipenjarakan atas akta kesalahan Hasutan pada 2004, mentaliti “Divide and Rule” merupakan pegangan asas menteri ini nyata membawa ketegangan dalam kalangan rakyat Negara kini dengan meracuni minda menerusi kenyataan beliau pada 6 March 2019 kerana takut akan kehilangan kuasa mentadbir Negara dengan penyatuan dan sepakat diantara UMNO dan PAS baru-baru ini yang turut merangkumi Parti Komponen MIC dan MCA. Sebagai seorang Menteri beliau seharusnya merancang dan memupuk tindakan penyatuan dan menyemarakkan sifat cinta akan Negara tetapi sebaliknya beliau hanya mementingkan profesion kerjaya politik sehingga mencetuskan ketegangan pemahaman dan hubungan silaturahim dalam kalangan rakyat Malaysia. kerjasama antara UMNO dan PAS harus dipuji kerana Rakyat dapat bersatu-padu dari segi aspek penyatuan ummah dan satu tindakan yang harus dialu-alukan supaya semua berada dibawah naungan Barisan Nasional.

PAS telah memerintah Negeri Kelantan selama 28 tahun dan tidak pernah mengabaikan rakyat bukan Islam di negeri tersebut malah memberikan kebebasan menganuti agama masing-masing dan menunjukkan sikap dan amalan terpuji dengan membina dan memelihara Institusi keagamaan seperti tokong dan kuil di negeri tersebut selama ini. Nyata Kerajaan baru Malaysia telah mengarahkan tidak menggunakan istilah dan slogan terkemuka “1 Malaysia” setelah mengambil alih menunjukkan ketidak sanggupan untuk menyatukan rakyat demi kepentingan parti dan kelangsungan politik kerajaan Malaysia Baru.

Pemuda MIC Kebangasaan menindas sekeras-kerasnya tindakan beliau dan meminta pihak pentadbiran tertinggi Negara mengambil tindakan yang keras terhadap beliau. Jelas menunjukkan beliau tidak memahami ideologi Rukun Negara bahawa peranan kerajaan dalam Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional demi penyatuan etnik Rakyat Malaysia dan bukanya menidas dan meminggirkan mana-mana agama mahupun kaum di Negara ini.

Dengan ini Pemuda MIC Kebangsaan mendesak agar pihak berkuasa terutamanya Polis DiRaja Malaysia dan Peguam Negara segera mengambil tindakan drastik terhadap YB Lim Guan Eng di bawah Akta Hasutan Negara.

 

 

Thinalan T Rajagopalu

Ketua Pemuda MIC Kebangsaan
7 Mac 2019