Kenyataan Media Presiden untuk bantuan guaman berhubung isu rusuhan kuil

Kenyataan Media Presiden untuk bantuan guaman berhubung isu rusuhan kuil

KENYATAAN MEDIA

28 NOVEMBER 2018

Berikutan beberapa penemuan baharu oleh pihak Kementerian Dalam Negeri berkaitan kejadian di Kuil Sri Mahamariaman Seafield yang di umumkan oleh Menteri Dalam Negeri pada pagi tadi, Malaysian Indian Congress (MIC) telah mengambil beberapa keputusan dasar seperti yang berikut :

1. Kami akan menyediakan khidmat guaman percuma kepada para penganut yang telah dikasari oleh kumpulan penceroboh.

2. Kumpulan khidmat guaman ini berperanan untuk memberi Khidmat nasihat perundangan serta mewakili mangsa dalam tuntutan saman terhadap mereka yang didapati bersalah.

3. MIC akan turut membantu menyediakan bantuan kewangan kepada mangsa – mangsa yang memerlukan rawatan di hospital akibat pencerobohan tersebut.

4. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kos rawatan yang dihadapi oleh mereka.

5. Kami ingin turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Dalam Negeri : YB Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta YB Timbalan Menteri Datuk Aziz Jamman di atas tindakan pantas untuk mengenal pasti pihak yang menjadi dalang disebalik kejadian ini.

6. Kami berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang didapati mencetuskan isu ini.

Sekian, terima kasih.

YB Senator Tan Sri Vigneswaran
Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Presiden MIC

YB Datuk Seri Saravanan
Ahli Parlimen Tapah, Timbalan Presiden MIC

YB Dato’ Sivarraajh Chandran
Ahli Parlimen Cameron Highlands, Naib Presiden MIC