Kenyataan Media Presiden berhubung kejadian rusuhan yang terjadi di perkarangan Kuil Sri Mahamariaman Seafield

Kenyataan Media Presiden berhubung kejadian rusuhan yang terjadi di perkarangan Kuil Sri Mahamariaman Seafield

KENYATAAN MEDIA.

27 NOVEMBER 2018

Berhubung kejadian rusuhan yang terjadi di perkarangan Kuil Sri Mahamariaman Seafield pada awal pagi tadi, kami di kepimpinan MIC ingin menyatakan pendirian kami bagi perkara – perkara berikut :

1. Tindakan melulu dari sekumpulan orang terhadap petugas BOMBA, Kenderaan Awam dan harta persendirian adalah tindakan yang patut dikutuk oleh semua orang.

2. Kami berharap pihak Polis DiRaja Malaysia akan ambil tindakan yang sewajarnya dalam masa terdekat terhadap mereka yang didapati bersalah menganggu penjawat awam dari melaksanakan tugas mereka.

3. Kami juga berpandangan bahawa pihak Polis perlu diberi masa yang sewajarnya bagi menyiasat dan menyelesaikan isu ini, tindakan untuk terus menuding jari dan menyalahkan sesiapa tidak akan memberi sebarang manfaat kepada sesiapa pun.

4. Kami mendoakan agar Sdr. Muhd Adib Mohd Kassim, anggota Unit Bantuan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya cepat sembuh. Perkembangan semasa keadaan beliau adalah keutamaan kami semua.

5. Kami sedia membantu demi kepentingan bersama negara dan mesyarakat ini dan di harap semua rakyat Malaysia bersabar dan bersatu padu dalam keadaan yang mendukacitakan ini.

YB Senator Tan Sri Vigneswaran
Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Presiden MIC

YB Datuk Seri Saravanan
Ahli Parlimen Tapah, Timbalan Presiden MIC

YB Dato’ Sivarraajh Chandran
Ahli Parlimen Cameron Highlands, Naib Presiden MIC