Isu Peruntukan “RM39.7juta” kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Isu Peruntukan “RM39.7juta” kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Kenyataan Media
31/10/2018
Datuk P.Kamalanathan
Ahli Majlis Tertinggi MIC
Mantan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

Isu Peruntukan “RM39.7juta” kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia yang mengatakan Peruntukan SJKT sebanyak RM39.7 juta hilang dan Mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib harus menjelaskannya.

Sebagai Mantan Timbalan Menteri Pendidikan 1 yang menguruskan hal ehwal semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, adalah patut saya menerangkan perkara sebenarnya iaitu peruntukan yang dimaksudkan sebenarnya RM36juta.

Permohonan RM36 juta ini telah dibuat oleh Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) kepada Dato Sri Najib Razak yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia. Setelah meneliti permohonan daripada SEDIC, pada 9 Ogos 2017, Dato Sri Najib Razak telah meminit surat tersebut kepada Mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan iaitu Tan Sri Irwan Serigar bahawa beliau setuju dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh SEDIC dan mohon tindakan selanjutnya.

Kebiasaanya apabila Perdana Menteri telah memberi persetujuan dalam urusan sebegini, proses memanifestasikan cadangan terletak dibawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan Malaysia dimana ianya akan dimuktamadkan dengan dana yang boleh digunapakai.

Dalam isu ini, peruntukan RM36 juta ini dijadualkan untuk diturunkan kepada 22 SJKT selepas PRU 14 dengan harapan Barisan Nasional akan mengekalkan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.Sebagai mana janji – janji peruntukkan sebelum PRU13 dilaksanakan sepenuhnya selepas Pilihanraya Umum tersebut.

Namun apabila Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan selepas PRU 14, Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan baharu mungkin terlepas pandang akan kelulusan ini.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Razak merupakan satu – satunya Perdana Menteri Malaysia yang benar – benar prihatin akan kemajuan infrastuktur SJKT di Malaysia. Dibawah pentadbirkan beliau dari tahun 2009 hingga 2018, hampir RM900 juta ringgit peruntukkan untuk kesemua 524 telah disalurkan terus kepada akaun sekolah atau Lembaga Pengelola Sekolah untuk kemudahan kemudahan di SJKT. Jutaan Terima Kasih kepada Dato Sri Mahdzir Khalid, Mantan Menteri Pendidikan Malaysia yang sentiasa memberikan komitmen dalam memartabatkan infrastuktur SJKT di Malaysia