Isu kuil: MIC pula berjaya dapat injuksi sehingga 11 Januari

Isu kuil: MIC pula berjaya dapat injuksi sehingga 11 Januari

Isu kuil: MIC pula berjaya dapat injuksi sehingga 11 Januari


KUALA LUMPUR – Barisan peguam MIC telah berjaya mendapatkan perintah injuksi sehingga 11 Januari tahun hadapan bagi penangguhkan sebarang keputusan mahkamah bagi One City Development Sdn Bhd (One City), bagi mendapatkan semula tapak kuil itu.

Presiden MIC merangkap Ahli Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran memberitahu MalaysiaGazette, keseluruhan masyarakat India khasnya penganut serta penyokong kuil tidak perlu bimbang dan resah dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

“Sehingga 11 Januari depan, anda semua boleh bertenang kerana tidak ada apa-apa akan berlaku kepada kuil Sri Maha Mariamman kita. Itu anda tidak perlu bimbang.

“Kita akan berjuang menggunakan jalan perundangan dengan berbekalkan peguam handalan kita pada masa yang sama. Semoga semua bertenang.

“Perintah injuksi ini juga memberikan peluang kepada semua pihak termasuk pihak berkuasa untuk menjimatkan kos dan tenaga serta masa kerana tidak perlu bimbang seandainya ada insiden rusuhan sehingga keputusan mahkamah bulan Januari 2019.

“Kita sangat prihatin kerana ini bukan isu kerajaan atau pembangkang, ini adalah sentimen masyarakat India yang Kita perlu ambil perhatian serius. Ini juga adalah perjuangan selama lebih 60 tahun, Kita akan berkerjasama dengan kerajaan untuk memastikan keharmonian serta keamanan ini terjaga tidak kira apa jua,” katanya.

Tambah Vigneswaran, seandainya kerajaan berpendirian untuk menyelamatkan kuil dengan membayar pampasan kepada pemaju, pihaknya berpandangan itu tidak perlu diilakukan terlebih dahulu sehingga kes ini selesai di mahkamah.

“Biar kes ini selesai terlebih dahulu, jangan bayar dulu pampasan tersebut, ujarnya. -MalaysiaGazette