Dr Subra melancarkan buku “The Melaka Chitties”

Dr Subra melancarkan buku “The Melaka Chitties”

November 27, 2017

Datuk Seri Dr S Subramaniam Menteri Kesihatan merangkap Presiden MIC telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku ” The Melaka Chitties” di Kampung Chitty, Gajah Berang, Melaka semalam. Buku ‘Melaka Chitties’ yang merupakan hasil kajian mengenai masyarakat Hindu peranakan Melaka oleh Pensyarah Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr M.Paramasivam dan Pengkaji sejarah, K. Narayanasamy.

 

 

Presiden MIC dalam ucapannya berkata , kewujudan kaum Chetti Lebih 500 Tahun di negara ini adalah asimilasi budaya yang mengambil masa yang panjang dan ia perlu dikekalkan untuk generasi seterusnya kerana ia merupakan harta yang tidak ternilai. Tambah beliau , kaum Chetti perlu sentiasa menangkis pelbagai unsur luar pada masa kini yang boleh mengganggu gugat amalan, tradisi dan budaya masyarakat kaum minoriti itu.

 

Beliau turut menegaskan bahawa lebih banyak penyelidikan terhadap latar belakang dan kehidupan kaum Chetti perlu dilakukan oleh ahli akademik atau pengkaji sejarah agar kumpulan minoriti ini dapat diketengahkan kepada orang awam secara lebih meluas.